![]() |
Majlis Konvokesyen ke -18 PPKS/ICATS 2015 |
Jutaan Tahniah diucapkan kepada semua bakal graduan PPKS/ICATS yang akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen ke-18 nanti...
Majlis konvokesyen ke-18 ini nanti akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching pada 8 Disember 2015. Sudah semestinya para bakal graduan tidak sabar untuk menunggu hari bersejarah ini kerana masing-masing akan menerima sijil dan diploma setelah bertungkus lumus memerah otak dan keringat belajar dan ini merupakan hadiah yang tidak ternilai yang akan dihadiahkan kepada ibu bapa masing-masing....
Seperti tahun-tahun yang lepas, Anugerah pelajar cemerlang pastinya menjadi rebutan ramai pelajar dan sama-sama kita nantikan siapakah pelajar yang akan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang bagi setiap kursus dan keseluruhan pada Majlis Konvokesyen ke-18 ini nanti...mungkin kah ANDA???
Apa-apa pun, Majlis konvokesyen ini dibuat bagi menghargai segala usaha dan penat pelajar yang telah bersungguh-sungguh berusaha semasa dalam pengajian mereka...akhirnya menampakkan hasil. Diharapkan semua bakal graduan bersedia dan menanti dengan penuh sabar tarikh bersejarah itu nanti...sekali lagi..
Tahniah buat semua!!!
No comments:
Post a Comment