Monday, 16 November 2015

Majlis Konvokesyen ke-18 PPKS/ICATS 2015

Majlis Konvokesyen ke -18 PPKS/ICATS 2015

Jutaan Tahniah diucapkan kepada semua bakal graduan PPKS/ICATS yang akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen ke-18 nanti...

Majlis konvokesyen ke-18 ini nanti akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching pada 8 Disember 2015. Sudah semestinya para bakal graduan tidak sabar untuk menunggu hari bersejarah ini kerana masing-masing akan menerima sijil dan diploma setelah bertungkus lumus memerah otak dan keringat belajar dan ini merupakan hadiah yang tidak ternilai yang akan dihadiahkan kepada ibu bapa masing-masing....

Seperti tahun-tahun yang lepas, Anugerah pelajar cemerlang pastinya menjadi rebutan ramai pelajar dan sama-sama kita nantikan siapakah pelajar yang akan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang bagi setiap kursus dan keseluruhan pada Majlis Konvokesyen ke-18 ini nanti...mungkin kah ANDA??? 

Apa-apa pun, Majlis konvokesyen ini dibuat bagi menghargai segala usaha dan penat pelajar yang telah bersungguh-sungguh berusaha semasa dalam pengajian mereka...akhirnya menampakkan hasil. Diharapkan semua bakal graduan bersedia dan menanti dengan penuh sabar tarikh bersejarah itu nanti...sekali lagi.. 
Tahniah buat semua!!! 


Monday, 21 September 2015

Throwback Convocation Caremony 2010 - 2014

Hi Alumni PPKS member!

Admin nak kongsikan beberapa gambar sepanjang Majlis Konvokesyen PPKS daripada tahun 2010 -2013. Ada tak wajah-wajah anda di dalam gambar tersebut? Jum... check it out!











Selamat Datang ke Blog Rasmi Alumni Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat datang ke blog rasmi alumni PPKS! Matlamat utama blog alumi ppks ini dibuat adalah untuk mempertemukan semula bekas-bekas pelajar ppks daripada Tahun 1994 sehingga yang terkini. Dengan adanya blog ini, kita dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini serta aktiviti yang akan dijalankan untuk semua ahli alumni yang sedia ada, diharapkan dengan kaedah komunikasi yang semakin canggih sekarang ini akan membolehkan kita semua selaku bekas-bekas pelajar PPKS terus berhubung tanpa batasan. Bagi sesiapa yang mempunyai cadangan ataupun maklumat yang ingin dikongsikan boleh email kepada admin di alumnippks@gmail.com.